Sunday, April 25, 2010

barzah..

barzah..
nyata inilah tuntutan hidup..
hidup kita ini mesti untuk temui kematian..
tiada siapa yang mampu menyangkal akan keputusan ilahi..
hidup mati urusannya..

jadi,pasti kita kembali ke rahmatullah..
tapi kembali yang bagaimana ..
dengan gulungan ijazah dosa-dosa..
dengan pangkat dato' seri atau tan sri waima tun yang bergelumang rona dosa..
atau tiada pangkat di dunia,tetapi di sana .. hmmm..
pilihan sudah jelas.. jalan jua jelas... tapi kita masih jua tidak tahu yang di mana..
ke mana.. apakah lama... bersoal jawab di barzah.. dari soalan ke pecahan soalan...

mampukah kita menjawab.. yang pasti amalan kita jua yang bakal menjawab segalanya..
mulut tiada lagi sahabat kita.. semua panca indera mendedahkan rahsia..
segala bulu dan roma
tiada lagi mahu menolong kita berahsia..
hey mungkar dan nangkir...
penemuduga...penanya soalan cepu emas .. soalannya telah jelas...jelas lagi bersuluh

sekalian roh akan berhadapan dengan mereka...
tanggungjawab di pegang penuh erat..
menjalankan perintah ilahi..
lubang apakah yang bakal membuka.. lubang-lubang dari syurga...
lubang-lubang dari neraka..

adakah kita bertemankan al-quran--- suratul mulk..
atau apakah ular yang mematuk-matuk....
sempitkah kubur kita... luaskah seperti padang sejauh mata memandang..
jawapan untuk persoalan yang telah jelas ada di dunia..
ketika ini kita masih bernyawakan roh di jasad ini,..
akal masih dapat membantu dan serba sikit ilham dari allah..
insyaallah.. ringan sedikit dari sekarang..
bila lagi,.. esok.. lusa... bulan hadapan...
tepuk lah dada,tanya selera..

selerakah kamu hidup di barzah yang sempit...?
selerakah kelak bertemankan si ular itu..?

memuaskan selera nafsu di dunia apakah mudah..
tapi puaskah nafsu kelak di bawah sana..
bukan dalam pun,6 kaki..
tetapi dunia barzah... wallahua'lam..

Tuesday, April 6, 2010

manusia

manusia..
maka itu namanya untuk di jadikan..
khalifah besar umat mahluk yang di ciptakannya....
tanggungjawab besar nan berat.. tiada mampu oleh mahluk yang lainnya..

Dengan Kehendaknya,maka di izinkanlah kita...
terbentuk tubuh Adam di bentuk dengan pandangan makrifat jibril atas dirinya..
gagal jibril yang pertama kali..bersin..hancur lebur..
kali yang kedua dibentuk,bersin...terciptalah jin islam yang mulia..
dengan izinnya lagi.. maka berpesanlah Dia..
bentukkanlah sepertimana kamu melihat akan kamu ya jibril...

maka siaplah tubuh dengan sempurnanya.. di tiupkan roh yang mulia..
maka sejarah itulah yang pertama kita mengucapkan Alhamdulillah
ketika Adam yang mulia itu bersin ..
maka berpakaianlah nur muhammad yang mulia itu..
ADAM lah dia..

tiadalah guru adam selainnya melainkan Allahhutaala jua..
di perintakan Allahutaala sembah akan Adam bukan kerana kemuliaan yang tertinggi adam itu hingga terlaknat iblisnya..
terlaknatnya kerana perintah sujud tu dari Allahutaala jua yang di langgarinya iblis..
maka itulah kesombongan iblis..
terasa mulia di ciptakan daripada api...
yang mana mulia itu Allahutaala jua yang memuliakan..
di sinilah kita di tuntut menjauhi sombong bangga diri dan ujub...

begitulah kita... tiada yang di laknat atau dimuliakan ...
melainkan dariNya jua kehendak itu..
tercipta jua perkataan dan maksud REDHA dengan KEHENDAKNYA.
yang kian pasti kita tidakkan mengerti jika tidak di ambil peduli...
kenal mengerti akan sifatNya,kenal mengerti akan AsmaNya..
2099