Sunday, March 21, 2010

Ibu

ibu...
berolehlah kamu rahmat dan redha allah taala akan dia..
kerana ibulah yang melahirkan..
bapa yang mengandung kamu.. kemudian di kandung ibu 9 bulan lamanya..
tempat tubuniah tembuniah uriah camariah bersatu

dari ibu.. dariNya.. asal jauh ... lahir di kita..
kembali mana...kubur jua..sebelum bertemu Dia..
rindu tak bertepi.. menghadap ilahi.
rindu nabi.. junjungan umat ini..

ayah.. kau jua asal kami..
mengandung kami yang belum tahu erti.
kau sukar tidur mengenang apakah nasib kami..
kepenatan mencari rezeki...
siapalah kami tanpa kau ayahanda..

inilah insan yang di ingini allah di dunia..
dari adam hawa di cipta..
hingga kita yang lama jauh dari kenyataan nyata...
nyata untuk menjadi khalifah.. nyata kita berhukum terhadap apa yang kita usaha..
baik halal dan haramnya..
sengaja atau tidaknya..

yaallah .. laaa haula wa laa kuwwata illaa billa hil a'liiyil a'zeem...

Tuesday, March 16, 2010

roh..

suatu waktu ketika sesi penciptaan roh itu.. terjadilah sekalian roh yang bakal di tiup olehNya ke jasad..
maka adamlah yg pertama...
maka hawalah yg pertama jua... bagi wanitanya..

hidup bahagia bersama... di perdaya jua bersama.. dicampak ke dunia jua bersama..
di selubungi malam jua bersama..
masing masing ketika di bumi mencari antara satu sama lain.. hingga di jabal rahmah..

Masya allahu wa subbahanalloh..

laki dan wanita tiada putus mahu bersama.. menjadi fitrah kejadian hidup...
namun,wahai rakan taulan ku sayangi.. jauhlah olehmu yg sama jenis.. berbahayanya tiada terhingga.. melawan fitrahNya..

cubalah kamu hirup dan minum air melalui panca hidungmu.. fitrahkah itu..?
cuba pula makanan di masukkan melalui duburmu,... kenyangkah bekas perutmu itu..?

kita manusia nan sentiasa berdosa.. namun janganlah hingga melampaui kehendak dan nafsumu yg sangat akrab di kita... membawa ke kiri kanan jalan pilihan hidup...

oh nafsu.. kaulah ingin ku pimpin ke jalannya.. kelak di sana kita aman bersama..
kau liar...kau buas.. bagaimanakah dapatku mententeramkanmu hai nafsu..

layak tempatmu di syurga... bukan di sini..janganlah terlalu lama kau bermusuhan dgn akal.. dia pembimbingmu,penjaminmu untuk ke arah bahagia..

wahai akal..
kau yang di hormati kejadianmu.. walau tiadamu zahir,namun lahir jua penghormatan terhadapmu..mulia benar ciptaan dan kejadianmu..

bantulah... berjuanglah dan kekal berusahalah lagi hai rakan dan taulan.. menjinakkan nafsu,berbekal pimpinan akal..

allah, taufiq kupohon berterusan.. hidayah kurayu sentiasa... dalam diamku,bersamaMU.
aku mahu dalam bisikku,bersamaMU. dalam lintasan hati.....
adamu.

Friday, March 12, 2010

yg pertama kali

aku cuba.. cuba nak blog ni.. ntah apa nak taip pun tak tahu.. yg pasti aku jua seperti org lain yg bisa ada yg hendak di curah rasa utk di kongsi....

aku jua seperti kalian.. kita punya cita & rasa dlm kehidupan yg amat amat singkat utk di nilai dgn suatu solat sunat fajar. namun mengertikah kita kehidupan kita hari-hari adalah bukti kepulangan kita kepada ilahi.. pulang dari di tiup jauh ke tubuh ketika kita di alam syurga rahim. berbekalkah kita..? utk diri empunya diri? si dia tak mahukan apa apa dari kita.. kita di perintah,suruh,di nasihati,di galakkan hidup berteras panduan jelas terang, baik dari lisan mahupun suratan.. sedarkah aku .. sedarkah kita.. kecintaan yg hidup dlm jiwa sanubari ini ciptaannya.. dia mahukan kita nilaikan apa itu cinta,lalu berpasang-pasanglah segala mahluk di dunia.. mengapa cinta itu yg paling sukar di fahami.? akan ada segala macam teori basi kendiri ingin di kongsi bagi menyatakan apakah itu cinta..? lagi.?

berat mata memandang.. dari mata jatuh ke hati.. kecil tapak tangan..

sejauh manakah keredhaan kita hari demi hari..?

redha akan tulisan ilahi di loh mahfuz.. kitab unggul segala mahluk,yg menyatakan perihal halus dan kasar akan kejadian di penulisan.. subbahanalloh..

bagaimana kita selama yg kita hidup ini ingin menghuraikan maksud "manis'?
ya, ibaratnya mengenalkan warna hijau pada si buta.. mengenalkan bunyian pada si pekak.. mampukah kita? .. itulah batas batas yg tiada mustahilnya bagi sang pencipta allah hu taala..

sedang manis,hijau dan bunyian itu tak mampu di jelaskan pada yg tertentu,bagaimana pula menghuraikan cinta..?

bukan cintalah yg ingin di kecapi di ketahuikan.. tapi perjalanan yg ditempuh menuju mengenal cinta itulah yg menghiasi hari hari yg jika tiada pucuk masalah berakar ciptaan itu, maka kematian yg byk menghuni bumi. kerana di hurung bosan nestapa..

sungguh,masalah itulah penghibur pelengkap manusia di dunia kerana gembira layaknya lebih layaknya di syurga..

dunia... syurga.. berlawanan sekali cirinya..

seksa bahagia... pencukup maksud hidup mengenal si pencipta..