Sunday, April 25, 2010

barzah..

barzah..
nyata inilah tuntutan hidup..
hidup kita ini mesti untuk temui kematian..
tiada siapa yang mampu menyangkal akan keputusan ilahi..
hidup mati urusannya..

jadi,pasti kita kembali ke rahmatullah..
tapi kembali yang bagaimana ..
dengan gulungan ijazah dosa-dosa..
dengan pangkat dato' seri atau tan sri waima tun yang bergelumang rona dosa..
atau tiada pangkat di dunia,tetapi di sana .. hmmm..
pilihan sudah jelas.. jalan jua jelas... tapi kita masih jua tidak tahu yang di mana..
ke mana.. apakah lama... bersoal jawab di barzah.. dari soalan ke pecahan soalan...

mampukah kita menjawab.. yang pasti amalan kita jua yang bakal menjawab segalanya..
mulut tiada lagi sahabat kita.. semua panca indera mendedahkan rahsia..
segala bulu dan roma
tiada lagi mahu menolong kita berahsia..
hey mungkar dan nangkir...
penemuduga...penanya soalan cepu emas .. soalannya telah jelas...jelas lagi bersuluh

sekalian roh akan berhadapan dengan mereka...
tanggungjawab di pegang penuh erat..
menjalankan perintah ilahi..
lubang apakah yang bakal membuka.. lubang-lubang dari syurga...
lubang-lubang dari neraka..

adakah kita bertemankan al-quran--- suratul mulk..
atau apakah ular yang mematuk-matuk....
sempitkah kubur kita... luaskah seperti padang sejauh mata memandang..
jawapan untuk persoalan yang telah jelas ada di dunia..
ketika ini kita masih bernyawakan roh di jasad ini,..
akal masih dapat membantu dan serba sikit ilham dari allah..
insyaallah.. ringan sedikit dari sekarang..
bila lagi,.. esok.. lusa... bulan hadapan...
tepuk lah dada,tanya selera..

selerakah kamu hidup di barzah yang sempit...?
selerakah kelak bertemankan si ular itu..?

memuaskan selera nafsu di dunia apakah mudah..
tapi puaskah nafsu kelak di bawah sana..
bukan dalam pun,6 kaki..
tetapi dunia barzah... wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment