Tuesday, March 16, 2010

roh..

suatu waktu ketika sesi penciptaan roh itu.. terjadilah sekalian roh yang bakal di tiup olehNya ke jasad..
maka adamlah yg pertama...
maka hawalah yg pertama jua... bagi wanitanya..

hidup bahagia bersama... di perdaya jua bersama.. dicampak ke dunia jua bersama..
di selubungi malam jua bersama..
masing masing ketika di bumi mencari antara satu sama lain.. hingga di jabal rahmah..

Masya allahu wa subbahanalloh..

laki dan wanita tiada putus mahu bersama.. menjadi fitrah kejadian hidup...
namun,wahai rakan taulan ku sayangi.. jauhlah olehmu yg sama jenis.. berbahayanya tiada terhingga.. melawan fitrahNya..

cubalah kamu hirup dan minum air melalui panca hidungmu.. fitrahkah itu..?
cuba pula makanan di masukkan melalui duburmu,... kenyangkah bekas perutmu itu..?

kita manusia nan sentiasa berdosa.. namun janganlah hingga melampaui kehendak dan nafsumu yg sangat akrab di kita... membawa ke kiri kanan jalan pilihan hidup...

oh nafsu.. kaulah ingin ku pimpin ke jalannya.. kelak di sana kita aman bersama..
kau liar...kau buas.. bagaimanakah dapatku mententeramkanmu hai nafsu..

layak tempatmu di syurga... bukan di sini..janganlah terlalu lama kau bermusuhan dgn akal.. dia pembimbingmu,penjaminmu untuk ke arah bahagia..

wahai akal..
kau yang di hormati kejadianmu.. walau tiadamu zahir,namun lahir jua penghormatan terhadapmu..mulia benar ciptaan dan kejadianmu..

bantulah... berjuanglah dan kekal berusahalah lagi hai rakan dan taulan.. menjinakkan nafsu,berbekal pimpinan akal..

allah, taufiq kupohon berterusan.. hidayah kurayu sentiasa... dalam diamku,bersamaMU.
aku mahu dalam bisikku,bersamaMU. dalam lintasan hati.....
adamu.

No comments:

Post a Comment